* mmg btl sangkaan aku, aku akan dimasukkan ke wad sebab dah over due 8 hari.
* perasaan suka untuk menimang anak ke dua lebih2 lagi baby boy bertukar menjadi seram sejuk ketakutan. Ape taknya, dah la over due pastu dlm otak aku ni duk fikir takut kena operate jer.....
19/12/2008: Sedang org lain sedang syok tido, tetiba perut aku rasa sakit. Dalam kul 11.30 p.m aku ke kaunter untuk inform kat nurse. Nurse bgtau lambat lagi untuk aku bersalin.
20/12/2008: Kul 10.00 a.m aku dimasukkan ke labelroom. Memandangkan aku sakit dari tgh mlm semalam, aku xde selera untuk makan dan minum. Sakit yang teramat sgt aku rasakan. sambil mulut menyebut nama Allah dan mendengar nasihat daripada suami aku kuatkan hati untuk bersabar. Semasa azan Zohor berkumandang, perut aku sakit semakin kuat. tetapi aku sudah tiada tenaga untuk push baby keluar. Jam 2.15 p.m baby lelaki yang beratnya 3.34 kg telah selamat keluar ke dunia. Tetapi yang menjadi masalahnya, uri tidak keluar selepas baby keluar. Jam 2.45 p.m aku dimasukkan ke bilik bedah untuk mengeluarkan uri. Semasa di bilik bedah, aku dibius dari pinggang ke bawah. Dalam kul 6.00 p.m uri berjaya dikelurkan melalui cara "Fosex". Memandangkan darah yang banyak keluar, aku semakin lemah n pucat sehinggakan aku menjadi menggigil. Aku direhatkan di bilik bedah sampai kul 8.30 p.m. Kemudian aku dimasukkan semula ke labelroom kerana aku dalam perhatian disebabkan tubuh aku yang sangat lemah.
21/12/2008: Jam 2.30 a.m aku baru boleh dimasukkan ke wad. Dan saat itu la baru aku dapat melihat dengan jelas dan puas hati anak aku. Aku berharap sangat agar cepat2 dapat discharge. Rupa2nya, setelah doktor masuk untuk check aku n baby, aku didapati demam plak.
22/12/2008: Demam aku dah ok, baby lak kena tahan sebab kuning yang tinggi. Hanya tubuh aku saja yang berada di hospital. hati dan jiwa aku sepenuhnya berada di rumah.
23/12/2008: setelah doktor check tahap kuning baby, masih lagi tinggi. tp aku nak juga balik ke rumah. jadi, doktor mengarahkan aku membuat pemeriksaan di klinik yang berdekatan. dengan gumbira aku ditolak di atas kerusi roda, untuk ke kereta. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya dapat pulang ke rumah. aku rasakan xsapai smggu di hospital bagaikan sebulan.
24/12/2008: Papa ke Pejabat Pendaftaran untuk membuat sijil kelahiran n mykid baby. baby diberi nama AHMAD SYAFIQ DANISH.
02/01/2009: Hari cukur jambul Danish.
27/11/2009: papa Akikah Danish sempena Hari Raya Korban
28/11/2009: Buat majlis makan sempena Akikah danish.
14/12/2009: Baby dpt berjalan sendiri beberapa langkah pastu terus nak lari. malam ni happy sangat dia, bgn berjalan, jatuh bgn lagi. suka sgt tengok gelagat danish.
20/12/2009: Genaplah setahun umur Danish. baby ada 5 btg gigi, dah pandai gaduh nga kakak. dah pandai merajuk. dah pandai nak ikut orang. tp xbleh jalan elok2 lagi.
HAPPY BIRTHDAY BABY!
AHMAD SYAFIQ DANISH.
papa, umi, n kakak sayang baby....
happy birthday danish
ReplyDeletepengorbanan seorang ibu mmg cukup besar
pertaruhkan nyawa demi seorang anak