Saturday, December 19, 2009

...My Lovely Son...

18/12/2008: Aku ke klinik untuk medical check up yang last sblm di hantar ke hospital.


* mmg btl sangkaan aku, aku akan dimasukkan ke wad sebab dah over due 8 hari.
* perasaan suka untuk menimang anak ke dua lebih2 lagi baby boy bertukar menjadi seram sejuk ketakutan. Ape taknya, dah la over due pastu dlm otak aku ni duk fikir takut kena operate jer.....



19/12/2008: Sedang org lain sedang syok tido, tetiba perut aku rasa sakit. Dalam kul 11.30 p.m aku ke kaunter untuk inform kat nurse. Nurse bgtau lambat lagi untuk aku bersalin.





20/12/2008: Kul 10.00 a.m aku dimasukkan ke labelroom. Memandangkan aku sakit dari tgh mlm semalam, aku xde selera untuk makan dan minum. Sakit yang teramat sgt aku rasakan. sambil mulut menyebut nama Allah dan mendengar nasihat daripada suami aku kuatkan hati untuk bersabar. Semasa azan Zohor berkumandang, perut aku sakit semakin kuat. tetapi aku sudah tiada tenaga untuk push baby keluar. Jam 2.15 p.m baby lelaki yang beratnya 3.34 kg telah selamat keluar ke dunia. Tetapi yang menjadi masalahnya, uri tidak keluar selepas baby keluar. Jam 2.45 p.m aku dimasukkan ke bilik bedah untuk mengeluarkan uri. Semasa di bilik bedah, aku dibius dari pinggang ke bawah. Dalam kul 6.00 p.m uri berjaya dikelurkan melalui cara "Fosex". Memandangkan darah yang banyak keluar, aku semakin lemah n pucat sehinggakan aku menjadi menggigil. Aku direhatkan di bilik bedah sampai kul 8.30 p.m. Kemudian aku dimasukkan semula ke labelroom kerana aku dalam perhatian disebabkan tubuh aku yang sangat lemah.


21/12/2008: Jam 2.30 a.m aku baru boleh dimasukkan ke wad. Dan saat itu la baru aku dapat melihat dengan jelas dan puas hati anak aku. Aku berharap sangat agar cepat2 dapat discharge. Rupa2nya, setelah doktor masuk untuk check aku n baby, aku didapati demam plak.
22/12/2008: Demam aku dah ok, baby lak kena tahan sebab kuning yang tinggi. Hanya tubuh aku saja yang berada di hospital. hati dan jiwa aku sepenuhnya berada di rumah.



23/12/2008: setelah doktor check tahap kuning baby, masih lagi tinggi. tp aku nak juga balik ke rumah. jadi, doktor mengarahkan aku membuat pemeriksaan di klinik yang berdekatan. dengan gumbira aku ditolak di atas kerusi roda, untuk ke kereta. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya dapat pulang ke rumah. aku rasakan xsapai smggu di hospital bagaikan sebulan.
24/12/2008: Papa ke Pejabat Pendaftaran untuk membuat sijil kelahiran n mykid baby. baby diberi nama AHMAD SYAFIQ DANISH.



02/01/2009: Hari cukur jambul Danish.

27/11/2009: papa Akikah Danish sempena Hari Raya Korban



28/11/2009: Buat majlis makan sempena Akikah danish.



14/12/2009: Baby dpt berjalan sendiri beberapa langkah pastu terus nak lari. malam ni happy sangat dia, bgn berjalan, jatuh bgn lagi. suka sgt tengok gelagat danish.







20/12/2009: Genaplah setahun umur Danish. baby ada 5 btg gigi, dah pandai gaduh nga kakak. dah pandai merajuk. dah pandai nak ikut orang. tp xbleh jalan elok2 lagi.





HAPPY BIRTHDAY BABY!



AHMAD SYAFIQ DANISH.



papa, umi, n kakak sayang baby....


Wednesday, November 11, 2009

KASIHNYA IBU (12/11/2009)


KASIHNYA IBU

MEMBAWA KE SYURGA

KASIHNYA SAUDARA

MASA BERADA


BERKORBAN RAGA

RELA BINASA

BERKORBAN NYAWA

TANDA KASIHNYA


KASIHNYA AYAH

SANGGUPKAH BERPISAH

DAN KASIH ANAKNYA

BERKORBAN NYAWA


BIAR PUN JIWA

AKAN TERSIKSA

IKHLAS DAN RELA

ASAL KAU BAHAGIA.


*** lagu ni aku tujukan khas buat insan tersayang yang bernama SEBARIAH BIN CHE KOB.


HAPPY BIRTHDAY MUM!

Ni masa adik graduasi kat MRSM Jeli.

Dikesempatan ini, izinkan aku mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ibuku tersayang. Pengorbanan yang diberikan oleh beliau tiada tandingannya. bagi aku, bukan setakat aku dia asuh dan didik, hingga kini giliran anak2 aku pula. Walau beliau tidak berpendidikan sepertimana ibu orang lain, namun sikap tegas dan garang beliau la menjadikan aku seorang insan yang berilmu hingga ke menara gading.



Akhir sekali, segala jasa dan pengorbanan beliau akan aku sematkan di hati dan jadikan sikap beliau sebagai panduan untuk aku mendidik anak-anak aku.

Sunday, October 25, 2009

Aidilfitri 2009

Antara pic yg sempat upload masa hari raya hari tu.




Baby
Kakak

Umi n Baby
Papa n Baby







Saturday, October 10, 2009

BACARIA SUKA-DUKA

nama aku NORME hASLIDA BINTI MAH HASSAN. aku dilahirkan di KAMPUNG PONDOK JAMBU MERAH, MELOR pada 20 OGOS 1983.

ADIK BERADIK

aku ada 10 ORANG ADIK BERADIK. tp berlainan AYAH DAN IBU. adik beradik SEIBU SEBAPA aku cuma 3 ORANG JER.... aku anak SULONG. dan 2 ORANG adik aku tu LAKI-LAKI. adik beradik SEBAPA aku ada 4 ORANG. 2 LAKI2, 2 POMPUAN. adik beradik SEIBU lak ada 3 ORANG. tp ALHAMDULILLAH, dalam sekampung tu, hanya kuaga kami je yang ada adik beradik macam ni dan kami SANGAT MESRA seperti adik beradik sebenar.


RAZALAN BIN MAH HASSAN
ROHANA BINTI MAH HASSAN
ROSILAH BINTI MAH HASSAN
ROZMI BIN MAH HASSAN
TENGKU BAIZURA BINTI TENGKU HAMZAH
TENGKU HASBANI BIN TENGKU HAMZAH
SITI NOR BINTI ALI
NORME HASLIDA BINTI MAH HASSAN
AHMAD FAIZAL ALWIE BIN MAH HASSAN
MOHD KHAIRUL ANUAR BIN MAH HASSAN

ni la nama adik beradik aku.

SEKOLAH

masa tabika aku sekolah kat TABIKA KUBANG TIN. nak habiskan setahun sekolah kat tabika tu, aku ada 2 buah basikal. memandangkan aku ni besar, xsesuai ngan basikal untuk budak umur 6 tahun.. so nak p sekolah punya pasal terpaksa la mak ayah aku beli. masuk darjah satu, aku sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR. after that primary skul, aku sekolah kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MELOR until form 5 and aku pergi lak SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JAWA, selama 2 tahun. lower 6 and upper 6. lps tau result STPM, aku blh masuk U. aku dapat UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, dalam kos TEKNOLOGI MAKLUMAT yang sedikit pun xde dalam kepala otak aku. dan aku lansung xminat. dah la masa tu aku buta IT. masuk kelas komputer kat sekolah aku pergi kelas lain. tp ALHAMDULILLAH, sepanjang aku bljr di U, aku xpenah pun repeat. dengan ikhlas aku gtaw. masa tu aku masuk u bukan sebab aku nak belajar, tp aku nak amik hati orang tua aku yang teramat sangat gumbira apabila tahu aku blh masuk u. maklum la, anak pertama yang boleh jejak kaki kat menara gading. masa p antar aku pun punya la, 2 buah kete. tp yang paling sedih, arwah ayah xsempat tengok aku konvo. dan masa konvo hanya mak aku, husband aku and anak aku yang umur 2 bulan lebih je yang datang. sedih gak..... adik beradik aku semua keje. nak buat mcm mana? tp kegembiraan yang aku rasai xdapat dikongsi bersama ahli kuaga yang lain. tp ALHAMDULILLAH, aku dah berjaya menamatkan pengajian.

HUSBAND

setelah 5 tahun kami saling mengenali, dan berbagai dugaan yang aku harungi. akhirnya kami selamat diijab kabulkan. kini rumah tangga kami aman bahagia. kalau ada sikit2 missunderstanding tu, biasa la. sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pula suami isteri. abang aku keje kat kem desa pahlawan as drebar kepada MTO. MAT TERAP.... abang aku asal orang GUNUNG.


ANAK-ANAK

rumah tangga kami sangat bahagia apabila kami dikurniakan seorang puteri yang diberi nama NUR DAMIA BAQTISHA yang sekarang berumur 2 tahun 10 bulan.


anak kedua lak baru nak masuk 10 bulan. baby boy. nama dia AHMAD SYAFIQ DANISH. baby ni bulat kit. kata orang, LIKE MOTHER,LIKE SON.



ok la dulu, aku akan sambung citer aku ni di lain episod coz perut aku dah berbunyi. so, xleh nak karang la... kena nasi kak wok sebungkus baru sedap duduk ni. hihihi.....

Wednesday, October 7, 2009

08/10/2009




xtau nak citer ape hari ni. yang penting aku dah berjaya creat blog sendiri. may be, dalam blok ni aku lebih banyak bercerita about my life. aku, hsbnd aku, anak2 aku, adik-beradik aku and yang dekat dengan aku. kalau nak tau tentang latar belakang aku pun, may be next time. Klu aku rajin, cepat la aku post. ok, ape pun, thanks for coming in my blok.